Kehidupan awal dan kerjaya Yingluck Shinawatra

Yingluck ialah anak bongsu daripada sembilan beradik kepada Lert Shinawatra dan Yindee Shinawatra (anak perempuan Puteri Jantip (Na Chiangmai) Raminkwong). Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dari Fakulti Sains Politik dan Pentadbiran Awam, Universiti Chiang Maipada tahun 1988 dan memperolehi ijazah sarjana dalam Pentadbiran Awam (Pengurusan Sistem Maklumat) dari Kentucky State University, Amerika Syarikat, pada tahun 1991.

Yingluck bekerja di syarikat Shinawatra Directory Co. Ltd dan merupakan Pengarah Urusan Advanced Info Service PCL atau AIS, pembekal telefon bimbit yang dahulunya dikuasai oleh Thaksin, sebelum dijual kepada pelabur. Dia disiasat oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand berhubung jualan saham Shin Corporation kepada Temasek Holdings . Beliau juga pernah menjawat jawatan penting dalam kelab bolasepak Manchester City iaitu sebagai pengarah eksekutif kelab utama Liga Perdana Inggeris itu.

Yingluck juga merupakan ahli jawatankuasa dan Setiausaha Thaicom Foundation. Beliau mempunyai seorang anak lelaki. Suaminya Anusorn Amornchat, seorang peguam dan Pengarah Urusan M Link Asia Corporation PCL. Kakaknya Yaowapa Wongsawat merupakan isteri bekas Perdana Menteri Thailand Somchai Wongsawat.

Yingluck menerima 0.68% daripada 46.87% saham Shin Corp yang dimiliki abangnya Thaksin dan kemudian isterinya pada 1999. Kononnya Yingluck telah membuat transaksi palsu bagi mengelak cukai pendapatan. Namun, perkara tersebut digugurkan.[8] Bagaimanapun Yingluck mendakwa bahawa keluarganya menjadi mangsa penganiayaan politik.[9]

Rujukan

WikiPedia: Yingluck Shinawatra http://202.47.224.92/en/news.php?id=255302100028 http://www.cbc.ca/news/canada/story/2011/07/04/f-y... http://www.bangkokpost.com/business/news/389909/yi... http://www.bangkokpost.com/news/politics/245126/po... http://www.bangkokpost.com/news/politics/382021/pm... http://www.bloomberg.com/news/2011-05-16/sister-of... http://edition.cnn.com/2008/WORLD/asiapcf/12/17/ta... http://www.nationmultimedia.com/2011/07/05/nationa... http://www.nationmultimedia.com/home/Thaksin-asset... http://online.wsj.com/article/SB100014240527487042...